Statistics

OS : Linux b
PHP : 5.4.28
MySQL : 5.1.73-cll
Time : 20:25
Caching : Disabled
GZIP : Disabled
Members : 271
Content : 211
Web Links : 6
Content View Hits : 411359

PAUTAN PILIHAN

 

 

 

 



Sejarah Kami......

 

SMK Tobobon mula beroperasi pada 02 Januari 2002. Sekolah ini terletak dalam kawasan Menggatal dan berada dalam Kampung Tobobon. Nama Sekolah ini diambil berdasarkan nama Kampung Tobobon. Keluasan ini lebih kurang 25 ekar. Lokasinya amat Strategik kerana terletak berhampiran dengan beberapa buah institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara, Politeknik Kota Kinabalu, dan Institut Kemahiran Mara.

 

Kos perbelanjaan bagi membina bangunan sekolah yang baru ini dianggarkan lebih kurang RM 22.500,00 ( RM 22.5 juta). Bangunan sekolah ini dibina oleh sebuah kontraktor yang terkenal iaitu Teraju Asia SDN BHD. Projek pembinaan sekolah ini dimulakan pada bulan Oktober 2000 dan siap dalam tempoh 20 bulan.

Bangunan sekolah baru telah siap dibina ini mula beroperasi pada 06.01.2003 upacara penyerahan sekolah oleh pihak pemaju kepada Jabatan Pendidikan Sabah telah dilaksanakan pada 03.01.2003 bersamaan Hari Jumaat di Dewan Terbuka SMK Tobobon. Reka bentuk sekolah ini amat menarik dengan kedudukannya di kawasan tanah tinggi berhampiran dengan kawasan perkampungan. Kawasan Bukit ini , suatu ketika dulu adalah kawasan Ladang Getah.

Terdapat 7 Blok bangunan iaitu:-

 

 

-Sebuah blok pentadbiran 4 tingkat

-3 blok mengandungi 36 bilik darjah

-Sebuah Blok Makmal 3 tingkat

-sebuah surau

-Sebuah Kantin

-3 blok rumah guru 4 tingkat

-Sebuah blok bengkel 3 tingkat

 

 

Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan di sekolah ini bagi kemudahan para pelajar seperti sebuah padang, gelanggang bola tampar, pusat sumber, sebuah bilik mesyuarat, makmal bahasa ada dan lain-lain Pendaftaran Kemasukan pelajar-pelajarnya yang pertama telah dilakukan pada 14 januari 2002. Pada ketika itu, bangunan bangunan sekolah masih dalam proses pembinaan.

 

 

Oleh itu, pelajar-pelajar yang mendaftar menumpang di bangunan SK Tobobon. Pihak pentadbiran SK Tobobon meminjamkan 3 bilik darjah dan sebuah bilik guru bagi tempoh

setahun. Ketika itu, terdapat 3 buah kelas tingkatan 1, iaitu Tingkatan 1 Ikram, 1 Iltizam

dan tingkatan 1 Intelek dengan pelajar seramai 65 orang. Kebanyakan pelajarnya terdiri daripada anak-anak penduduk dari kawasan Kampung Tobobon, Kampung Ratau, Kampung Gudon dan kampung-kampung lain yang berhampiran.

Pemangku pengetua pada ketika itu ialah En. Norali bin Wazir. Beliau bertanggungjawab menjalankan tugas pengetua. Beliau dibantu oleh guru-guru seramai 13 orang iaitu:-

 

 

En. Norali bin Wacir

Cik N. Noraini Kamit

Pn. Ramidah Ramin

Pn. Mariati Manahing

Pn. Mak Yuk Siew

En. Komsas Sanan

En. Salibiister Limban

Pn. Norhayati Arjikal

Cik Beatrice Chew

Pn. Lee Mong Kua

Pn. Khairun Nisaa

Ust. ZAHARI Awang

PN. Chang Man Lee

 

Pembantu Tadbir N17 Cik Sahara Jais

Pembantu Am Pejabat Pn. Shirly @ Juana Abdullah

 

 

 

PENGUMUMAN

AKTIVITI SEPANJANG BULAN JULAI

MESYUARAT BIDANG (01-04/07/2014)

MESYUARAT JK PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (08/07/2014)

MESYUARAT PANITIA BIL 3 (07-11/07/2013)

MESYUARAT MAPKAS BIL 3 (15/07/2014)

MESYUARAT KEWANGAN BIL 3 (23/07/2014)

ENROLMEN

ENROLMEN PELAJAR 2014

Tingkatan 1: 431
Tingkatan 2: 429
Tingkatan 3: 464
Tingkatan 4: 387
Tingkatan 5: 377

ENROLMEN GURU 2014

Jumlah Guru: 133

ENROLMEN AKP 2014

Jumlanh Bukan Guru: 15

COUNTDOWN

TIME AND CALENDAR

408978_3308673516978_1272277267_33306587_433130656_n.jpg

SEMAK ONLINE

PAUTAN